Peta i-Think
3.0 RUMUSAN
1.0 PENGENALAN
Dapatan pentaksiran antarabangsa(TIMSS
dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa,Sains
dan Matematik. Som dan Mohd Dahalan (1998) menerangkan bahawa alat berfikir
merupakan instrumen yang dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih
sistematik dan berkesan. Jadi,dalam sesebuah proses pembelajaran yang berkesan
sepatutnya menggunakan teknik yang kreatif,kritis dan inovatif agar pelajar
dapat memahami sesuatu ilmu dan memproses maklumat dengan mudah. Pelajar sudah
didedahkan dengan penggunaan peta minda dan peta grafik sejak sekian lama. Namun
persoalannya,adakah peta-peta yang
diperkenalkan itu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka?
Kajian mendapati murid berpengetahuan
tetapi tidak tahu mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-Think ialah
untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran
kreatif,kritis dan inovatif serta
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
2.0 PEMILIHAN ALAT BERFIKIR
2.1 PERMASALAHAN
2.2 PENGAPLIKASIAN ALAT BERFIKIR DALAM
PEMBELAJARAN
Alat berfikir yang menjadi pilihan saya
ialah pemetaan i-Think.
Sejak pemetaan i-think telah diperkenalkan dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah iaitu enam sekolah rendah dan empat
sekolah menengah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia,para pelajar telah
menunjukkan minat untuk belajar kerana mempunyai pelbagai pilihan dalam menyediakan
nota untuk pembelajaran. Peta pemikiran atau peta i-Think ini adalah alat
berfikir yang dipersembahkan dalam lapan bentuk peta pemikiran secara visual
yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai
oleh murid seawal usia empat tahun. Berikutan lapan jenis peta i-think yang
diperkenalkan antaranya ialah peta buih,peta pokok,peta dakap,peta bulatan,peta
buih berganda,peta alir,peta pelbagai alir dan peta titi. Setiap peta mempunyai
fungsi yang berbeza untuk digunakan mengikut situasi.
Antara masalah yang sering saya
hadapi semasa belajar ialah saya tidak dapat medefinisikan sesuatu perkara mengikut
konteks yang betul. Hal ini kerana kebanyakan maklumat yang diperolehi dari
sumber rujukan sangat panjang dan berjela-jela sehingga saya merasa bosan dan
malas untuk meneruskan pembacaan. Sebagai contoh semasa membuat persembahan
slaid untuk sukjek BMM1014 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu untuk mencari
maklumat tentang bahasa Melayu Kuno,saya tidak dapat mengelaskan dengan betul
isi-isi yang dijumpai mengikut konteks yang diminta kerana kebanyakan isi-isi
tersebut bercampur aduk dan memerlukan pemahaman yang mendalam. Oleh itu,sebagai
penyelesaiannya,saya memilih untuk menggunakan peta bulatan untuk saya memahami
dengan lebih mudah berkaitan tajuk itu.Hal ini berikutan dengan kegunaan peta
bulatan sememangnya untuk mendefinisikan sesuatu nperkara mengikut konteks yang
betul. Jadi, dengan diperkenalkan peta bulatan ini,saya berjaya mengenalpasti
dan memahami tajuk tersebut dengan lebih mudah. Selain itu,saya juga
menggunakan peta bulatan untuk mempersembahkan maklumat tersebut kepada rakan
sekelas agar mereka dapat memahami tajuk yang ingin saya sampaikan dengan labih
ringkas dan mudah diingati. Kesimpulannya,pendedahan peta i-Think kepada
pelajar sangatlah membantu untuk saya mempelajari sesuatu perkara baharu dengan
lebih berkesan.
Di samping itu,saya juga sering mengalami masalah untuk membandingbeza
isi-isi yang terdapat di dalam satu artikel tentang isu semasa sehingga saya
terpaksa mencatat apa sahaja yang dirasakan betul,walhal isi tersebut langsung tidak
berkaitan. Selain itu ,saya juga sering menulis isi yang tidak berkaitan sehingga
saya sendiri tidak dapat memahami apa yang ditulis. Dengan pengenalan peta
i-Think,saya mengambil keputusan untuk menggunakan peta buih berganda untuk
membuat bandingbeza berkaitan tajukyang diinginkan. Sebagai contoh,saya dapat
mengelaskan perbezaan dan persamaan antara bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu
Klasik dengan sangat mudah untuk difahami. Kesimpulannya,dengan adanya peta
i-Think ini,lebih banyak maklumat dapat di analisis dan ditafsir oleh para
pelajar ,sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk membaca artikel-artikel
tentang isu semasa dan membuat bandingbeza
dengan menggunakan peta buih berganda.
Selain itu juga,saya sering mengalami masalah untuk mengenalpasti punca
yang menyebabkan berlakunya sesuatu isu serta kesan daripada isu tersebut. Saya sering keliru untuk membuat analisis berkaitan
sesuatu isu kerana petikan yang dibaca terlalu panjang dan
meleret-leret .Isi yang terdapat di dalam petikan juga
biasanya bercampur-aduk antara punca dan kesan kejadian. Disebabkan itu,saya
menggunakan peta pelbagai alir untuk memudahkan kerja hubungkait maklumat. Ternyata
penggunaan peta pelbagai alir ini sangat membantu kerana saya dapat
mengenalpasti dan menghubungkait sesuatu peristiwa yang terdapat di dalam
petikan artikel tersebut. Perkara ini sekaligus membuatkan saya lebih berminat
untuk membaca isu-isu semasa untuk dihubungkaitkan serta membuat tafsiran.
Akhir sekali,masalah yang
dihadapi oleh saya ialah saya lambat memahami sesuatu perkara,Hal ini kerana
saya memerlukan masa yag agak lama unutuk menghadam apa yang diajarkan oleh
pensyarah di dalam kuliah .Ini menyebabkan saya sukar memahami sesuatu pembelajaran
dengan baik. Keadaan ini sekaligus telah mengganggu fokus saya terhadap pembelajaran
semasa kuliah kerana berasa ketinggalan daripada rakan-rakan lain. Oleh itu,sayamengambil
langkah untuk menggunakan peta alir dalam pembelajaran seharian terutamanyanya
subjek sejarah yang banyak mempelajari kesinambungan sesuatu peristiwa yang
samat sukar diingati .Ini menyebabkan saya putus semangat dan berasa bosan
dengan topik yang dipelajari sehingga menyebabkan rasa mengantuk. Namun begitu dengan
menggunakan pemetaan i-think ini,saya sudah dapat mengetahui sesuatu proses itu
dengan tepat dan turut mewujudkan suasana belajar yang selesa dan menarik
sepanjang hari.. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan lebih dapat banyak diserap apabila
seseorang itu dapat menguasai pemetaan i-think dengan betul.
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, peta pemikiran memberi
impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar. Pelajar dapat
membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta pemikiran. Semua nota
kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang
kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta pemikiran.
Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry
(2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan
penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi
keputusan yang lebih baik.
Contoh peta i-Think:
Comments
Post a Comment