Peta i-Think 1.0 PENGENALAN Dapatan pentaksiran antarabangsa(TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa,Sains dan Matematik. Som dan Mohd Dahalan (1998) menerangkan bahawa alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Jadi,dalam sesebuah proses pembelajaran yang berkesan sepatutnya menggunakan teknik yang kreatif,kritis dan inovatif agar pelajar dapat memahami sesuatu ilmu dan memproses maklumat dengan mudah. Pelajar sudah didedahkan dengan penggunaan peta minda dan peta grafik sejak sekian lama. Namun persoalannya,adakah peta-peta yang diperkenalkan itu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka? Kajian mendapati murid berpengetahuan tetapi tidak tahu mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-Think ialah untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif,kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras...